Publication: Analisis Kehujahan Ḥadīth Dalam Pengkaedahan Sintaksis Arab Menurut Al-Suyuṭi
Loading...
Date
2020-10-29
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Rasullullah صلى الله عليه وسلم dikurniakan kefasihan dalam bertutur yang tidak dapat disangkal oleh mana-mana sarjana Islam. Namun, para sarjana sintaksis (nahu) bahasa Arab berselisih pendapat sama ada untuk menerima atau menolak hadith sebagai sumber penghujahan (shahid) dalam pengkaedahan sintaksis bahasa Arab. Hal ini bertitik tolak daripada kebanyakan lafaz ḥadīth diriwayatkan dengan makna dan berlakunya laḥn (gubahan) terhadap lafaz ḥadīth kerana terdapat dalam kalangan periwayat yang terdiri daripada bukan Arab. Kajian-kajian lepas menunjukkan antara tokoh sintaksis bahasa Arab yang dikatakan menolak hadith dalam pengkaedahan sintaksis bahasa Arab ialah al-Suyuti. Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang mengatakan beliau berada di pertengahan, iaitu di antara menerima dan menolaknya. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat perbincangan para pengkaji terhadap pandangan al-Suyuti dalam menerima hadith sebagai sumber pengkaedahan sintaksis bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah perolehan data menggunakan analisis kajian-kajian para pengkaji dan hujah-hujah mereka. Dapatan kajian menunjukkan al-Suyuti menerima ḥadīth sebagai sumber penghujahan dalam kaedah sintaksis
bahasa Arab tetapi hanya menerima ḥadīth-ḥadīth yang diriwayatkan dengan lafaz Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan bertepatan dengan kaedah sintaksis bahasa Arab. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pandangan beliau dalam karya al-Iqtirāḥ fī ‘Ilm Uṣūl al-Naḥw dan beliau turut mendatangkan banyak ḥadīth sebagai hujah pengkaedahan sintaksis bahasa Arab dalam karyanya Ham‘ al-Hawāmi‘ fī Sharḥ Jam‘ al-Jawāmi‘ dan kitab al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir fī al-Naḥw.
Description
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
Paper No. BM001
120 - 130
Keywords
Hadith;, sintaksis;, bahasa Arab;, tokoh;, al-Suyuti