Publication: Analisis Hujah Mengenai Isu Perselisihan Bay’ ‘Inah Terutama Melibatkan Dalil Hadith Dan Athar Berdasarkan Kaedah Tarjih
Loading...
Date
2020-10-29
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis hujah-hujah mengenai isu perselisihan kontrak bay’ ‘inah berdasarkan kaedah tarjih. Kajian ini bertitik tolak daripada perbezaan pendapat di kalangan para ulama terhadap kontrak bay’ ‘inah mengenai keharusannya. Justeru, analisis terhadap hujah-hujah daripada pihak-pihak yang berselisih perlu dijalankan agar dapat ditentukan pendapat yang terpilih berdasarkan kepada kaedah tarjih. Kajian ini bersifat kualitatif iaitu bermula dengan metode kepustakaan iaitu dengan mengumpul data-data kepustakaan daripada bahan-bahan dalam bentuk buku dan jurnal untuk membentuk teori kajian. Kemudian dikenalpasti semua dalil-dalil yang dikemukakan oleh para ulama mengenai kontrak bay’ ‘inah. Kemudian data-data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua pendapat mengenai kontrak bay’ ‘inah iaitu majoriti ulama berpendapat bahawa bay’ ‘inah adalah haram, sementara minoriti ulama berpendapat bahawa bay’ ‘inah adalah harus. Kajian juga mendapati bahawa pendapat majoriti ulama adalah rajih setelah dianalisis menggunakan kaedah tarjih iaitu kerana kekuatan daripada sudut dalil hadith dan athar sahih yang khusus melarang bay’ ‘inah berbanding penggunaan hujah dalil qiyas yang umum yang digunakan oleh pihak minoriti.
Description
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
Paper No. BM002
131 - 145
Keywords
Perselisihan Bay’ Inah,, Bay’