Publication: Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM
Loading...
Date
2020-10-29
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Makmal Hadis di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah diwujudkan sejak awal penubuhan fakulti
demi memudahkan pengajaran dan pembelajaran hadis melalui pengalaman. Makmal ini menyediakan
sejumlah koleksi kitab hadis yang dimanfaatkan secara optimum oleh pensyarah serta pelajar dalam
mendalami proses pengkajian hadis. Makmal ini telah dilengkapkan dengan penggunaan perisian terkini seperti perisian al-Maktabah al-Shamilah dan perisian Jawami‘ al-Kalim, berserta dua ruang
pembelajaran yang berkongsi satu ruang koleksi kitab semenjak perpindahan Fakulti Pengajian Quran
dan Sunnah ke bangunan baru. Permasalahan timbul apabila koleksi kitab tidak mencukupi, tidak lengkap dan sebahagiannya rosak. Justeru, penyelesaian yang dicadangkan ialah menyediakan perpustakaan digital yang dinamakan “Wall Library” yang boleh diakses melalui kod QR menggunakan pendekatan model ADDIE. Dapatan kajian telah mendapati majoriti pengguna yang mencuba penggunaan teknologi ini berpuas hati malah teruja untuk menggunakannya. Kajian ini boleh dimanfaatkan dan diberikan nilai tambah agar memaksimakan penggunaan makmal hadis seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dalam era revolusi industri ke-4.
Description
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
Paper No. BM010
267 - 277
Keywords
pembangunan perpustakaan digital,, makmal hadis,, kod QR