Publication: Pengetahuan Berkenaan Kontrak Sosial Di Malaysia: Satu Kajian Kes Terhadap Masyarakat Di Media Sosial
Loading...
Date
2020-10-29
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Malaysia di media sosial mengetahui berkenaan kontrak sosial dan sikap cakna mereka terhadap isu-isu yang mencetuskan perasaan tidak puas hati orang Melayu dan bukan Melayu. Secara terperinci objektif kajian adalah untuk
1) mengenal pasti sejauh mana masyarakat Melayu di media sosial memahami berkenaan kontrak sosial,
2) mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu di media sosial cakna terhadap isu-isu yang melibatkan kemarahan orang Melayu dan bukan Melayu,
3) mengetahui sejauh mana informan bersetuju kewajaran kontrak sosial dikekalkan, dan
4) mengetahui masyarakat Melayu di media sosial berkenaan cara untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Kaedah metodologi menggunakan pendekatan kualitatif iaitu soalan terbuka melalui google form kepada lapan orang informan. Informan dipilih secara snow-ball iaitu yang mempunyai pengetahui berkaitan kontrak sosial. Hasil analisis menunjukkan masyarakat Melayu di media sosial majoritinya faham bahawa kontrak sosial adalah tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu. Semua informan bersetuju bahawa kontrak sosial memang wajar dikekalkan dan tiada istilah wajar atau tidak wajar kerana ianya berbentuk persefahaman bersama dan satu bentuk proses sosial yang positif. Pelbagai cadangan yang dicadangkan dalam penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Description
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
Paper No. BM038
621-628