Publication: Pembangunan Lestari dan Perinciannya Menggunakan Kod Jawi
Loading...
Date
2021-08-17
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Sejak tujuh belas (17) Matlamat Pembangunan Lestari dilancarkan pada tahun 2015 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kesemua negara dunia perlu mengambil initiatif untuk mencapai pembangunan lestari dalam pelbagai bidang. Walaupun demikian di dapati banyak negara maju yang mungkin maju dari segi ekonominya dan penciptaan teknologi baru tetapi tidak seimbang dari aspek sosialnya. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk memahami apakah maksud sebenar yang terdapat pada perkataan ‘pembangunan lestari’ dengan menggunakan metodologi qualitatif dengan pendekatan analisa kandungan dan teknik aplikasi Kod Jawi. Kod jawi adalah satu sistem permaknaan Bahasa Melayu. Satu sistem yang terhasil dari kearifan lokal yang terdiri daripada huruf jawi yang mempunyai maksud secara piawai. Melalui penerapan Kod Jawi, karekter setiap perkataan dapat dibedah. Dengan menaplikasikan kod jawi pada perkataan 'pembangunan lestari' akan membolehkan setiap orang atau organisasi yang terlibat dalam pembangunan memahami dengan lebih baik ciri-ciri sebenar yang boleh dilaksanakan sehingga pembangunan lestari dapat dicapai dengan jayanya.
Description
E-PROSIDING KONVENSYEN KEARIFAN NUSANTARA KE-3 ARIF 2021
“MEMARTABATKAN KEARIFAN MELAYU ISLAM NUSANTARA” /
Disunting oleh: Muhammad Widus Sempo, Shumsudin Yabi, Abdulloh Salaeh, Syed Najihuddin Syed Hassan, Nurul Athirah Syamila Sulaiman.
Anjuran: Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand
17 Ogos 2021
Keywords
Kod jawi, pembangunan lestari, kearifan lokal