Publication:
Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Keruntuhan Sahsiah Remaja Islam Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Remaja merupakan aset yang amat penting bagi menjamin kemajuan dan kekuatan sesebuah masyarakat dan negara. Justeru itu, golongan remaja ini perlulah digilap dan dibentuk dengan acuan yang terbaik untuk melahirkan satu model yang ideal dan berkualiti pada masa akan datang. Sungguhpun begitu, keterlibatan remaja-remaja Islam di Malaysia dalam perkara-perkara yang meruntuhkan sahsiah seperti seks bebas merupakan suatu perkara yang amat membimbangkan dan perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kenyataan ini bukanlah satu lontaran kosong untuk menakutkan mana-mana pihak semata-mata, bahkan ia disokong oleh bukti-bukti penyelidikan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sahsiah remaja Islam di Malaysia? Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan faktor-faktor yang telah menyumbang kepada remaja Islam terjebak dengan perkara-perkara yang meruntuhkan sahsiah. Selain itu, penyelidik juga turut mencadangkan beberapa cadangan yang boleh dibuat bagi mengurangkan kes-kes sebegini. Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual dengan beberapa pusat perlindungan dan responden-responden yang terpilih di Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan remaja Islam terjebak dengan perkara-perkara yang meruntuhkan sahsiah. Faktor-faktor yang dimaksudkan ialah kurang didikan agama, kegagalan institusi rumah tangga, tahap pendidikan yang rendah, dorongan rakan sebaya, teknologi yang berleluasa dan pergaulan bebas. Diharapkan dengan pendedahan awal mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sahsiah remaja Islam di Malaysia, kes-kes sebegini akan dapat dikesan dan dibasmi lebih awal oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Description

E-Proceedings International Convention on the Basic Structure of Constitution 2021 (ICOBAC 2021) Theme: "Towards Dignifying Islam in the Framework of Rule of Law & Supremacy of Constitution" 15 – 16 December 2021 Organized By: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) And Fakulti Pengajian Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Collaboration With: Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Shariff Ali (UNISSA), Brunei And Fakultas Hukum, Universitas Jendral Soedirman (UNSOED), Indonesia

Keywords

Remaja, faktor-faktor, keruntuhan sahsiah, Islam, Malaysia

Citation