Publication: Pendidikan Abad Ke 21 Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL) Di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah, Malaysia
Loading...
Date
2021
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan - Peningkatan persaingan persekitaran global memerlukan sistem pendidikan
di Malaysia melalui transformasi dari semua aspek, termasuk penggunaan teknologi dalam
pendidikan. Transformasi dalam pendidikan ke arah abad ke-21 tidak hanya diperlukan di
sekolah rendah dan menengah, tetapi juga ke institusi pengajian tinggi. Transformasi dalam
pendidikan meninggalkan kesan besar pada kebanyakan bidang pendidikan; termasuk
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL)
yang sedang mengalami proses transformasi juga.
Objektif - Kajian literatur ini merangkumi kelebihan menggunakan teknologi di bilik
darjah ESL, cabaran semasa yang dihadapi Pendidik ESL ketika mengajar ESL di institusi
pengajian tinggi Sabah dan peranan Pendidik Bahasa Inggeris dalam menggunakan
pendekatan teknologi dalam pengajaran.
Methodologi – Kajian literatur ini akan dilakukan dengan cara menganalisis data sekunder
iaitu mengkaji kajian – kajian literatur yang dibuat oleh pengkaji lalu.
Dapatan - Dapatan kajian literatur ini mendapati bahawa terdapat kesan baik dalam
menggunakan teknologi di bilik darjah ESL, namun terdapat beberapa cabaran yang
pendidik ESL hadapi ketika mengajar ESL di institusi pengajian tinggi Sabah.
Kepentingan - Para pendidik tersebut akan berfungsi sebagai fasilitator dan pemberi
panduan kepada pelajar dalam menghadapi pembelajaran abad ke – 21 dalam era Revolusi
Industri 4.0.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
ESL, Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, Revolusi Industri 4.0, Skill Abad Ke- 21, Teknologi