Publication: Pelaksanaan Hibah Dalam Kes-Kes Mardh Al-Mawt Covid 19 Dalam Kalangan Orang Islam Di Malaysia
Loading...
Date
2020-10-27
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Pandemik COVID-19 2019-20 secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di Bandaraya Wuhan, Hubei China dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Pandemik COVID-19 boleh membawa maut kepada penghidapnya dan hingga ke saat belum pakat perubatan belum menemui ubat atau rawatan secara spesifik kepada Pandemik COVID-19. Namun setakat in belum terdapat kajian secara spesifik mengenai kesan hibah yang dibuat bagi penghidap COVID-19. Kertas kerja ini akan membincang mengenai konsep marad al-mawt menurut fiqh dan perubatan. Penjelasan turut dibuat mengenai status penghidap COVID-19 kategori penyakit terminal atau marad al-mawt menurut fiqh diikuti beberapa kes yang pernah dilaporkan berkenaan marad al-mawt. Akhir sekali, penjelasan mengenai hukum perlaksanaan hibah dalam situasi marad al-mawt.
Description
International Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedings
“Hala Tuju Syariah Dan Undang - Undang Mendepani Pandemik Covid - 19”
Organized by : Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia
27-28 October 2020
Keywords
marad al-mawt, hibah, COVID-19, terminal, pandemic