Publication:
Analisis Isu-Isu Dalam Perlaksanaan Sertu Industri

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-10-27

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Perkembangan industri halal sama ada di peringkat domestik dan global telah secara tidak langsung memacu permintaan terhadap perkhidmatan sertu. Bagi memastikan supaya proses perlaksanaan sertu adalah seragam dan terpandu, maka JAKIM telah mengambil inisiatif memperkenalkan garispanduan sertu sebagai rujukan kepada industri. Namun demikian, jika dilihat kepada realiti amalan sertu oleh syarikat penyedia perkhidmatan sertu, masih ada kekurangan seperti isu ketidakpatuhan terhadap garispanduan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan menganalisis isu-isu yang timbul dalam perlaksanaan sertu industri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, menerusi kaedah pengumpulan data secara analisi dokumen, pemerhatian dan temubual separa berstruktur ke atas lima entiti yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sertu merangkumi syarikat operator sertu dan jabatan agama. Hasil kajian dirumuskan dalam tujuh kategori isu iaitu isu pematuhan garispanduan dan fatwa, kefahaman dan pengetahuan, peralatan moden sertu, bahan sertu, penambahan kosmetik agama, pengurusan garispanduan, dan kepercayaan industri terhadap kompetensi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam perlaksanaan sertu. Kajian ini mencadangkan supaya aspek pemantauan sertu diperkemaskan di peringkat JAKIM dan JAIN bagi memastikan agar industri sertu berkembang maju serta mematuhi garispanduan yang telah ditetapkan.

Description

International Seminar on Syariah and Law (INSLA 2020) E-Proceedings “Hala Tuju Syariah Dan Undang - Undang Mendepani Pandemik Covid - 19” Organized by : Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia 27-28 October 2020

Keywords

Sertu, industri halal, garispanduan sertu, syarikat

Citation

Collections