Publication:
Kepentingan Pengurusan Harta Dan Urus Pusaka Di Malaysia Dari Perspektif Perundangan Dan Maqasid Syariah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini membincangkan kepentingan mengurus harta dan urus pusaka dari perspektif perundangan dan Maqasid Syariah. Fakta menunjukkan bahawa terdapat sejumlah harta peninggalan si mati yang bernilai jutaan ringgit terabai dan tidak diuruskan secara baik. Hal ini turut menyumbang kepada lambakan harta pusaka yang tidak bernilai dan bermanfaat kepada ahli keluarga atau waris. Harta pusaka yang tidak diuruskan secara baik ini turut dilihat sebagai tidak mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, terdapat isu-isu penipuan harta pusaka yang sering dibangkitkan di media massa yang merupakan indikasi tahap kesedaran yang rendah dalam memahami akan kepentingan pengurusan harta termasuk harta pusaka. Selain daripada kajian literatur, penulisan ahli akademik berkaitan, kajian kepustakaan, kajian melalui pengalaman agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan harta pusaka telah dilaksanakan dalam menggariskan beberapa solusi yang praktikal dan cadangan pengurusan harta pusaka yang bertepatan dengan kehendak Maqasid Syariah dalam memelihara harta.

Description

Keywords

pengurusan harta, urus pusaka, harta pusaka, Maqasid Syariah, waris

Citation

Collections