Publication:
Tafsir Al-Bahrul Madid Karangan Ibn A’jibah

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Pusat Pengajian Teras, USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Salah satu kitab Turath warisan Islam adalah Tafsir Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah. Kitab ini adalah adalah salah satu kitab tafsir yang menggunakan pendekatan tafsir Sufi Ishari. Ia adalah bentuk tafsiran berdasarkan isyarat yang tersembunyi di sebalik lafaz yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimana pun, kitab tafsir ini secara umumnya masih tidak diketahui ramai dan hanya sedikit yang mengkaji dan mengkritiknya. Ia jarang dirujuk sebagaimana kitab-kitab tafsir yang lain yang telah pun masyhur. Jika nilai kitab ini diukur berdasarkan kesaksian para ulama, cendekiawan dan penyelidik maka kita dapati ia sangat kurang diperkatakan oleh mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan kitab Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah dan metod penulisannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis teks induktif. Kitab Fahrasaah dan Al-Bahrul Madid karangan Ibn A’jibah adalah bahan utama yang akan digunakan dalam kajian menggunakan kaedah ini. Antara hasil dapatan kajian ini ialah sorotan sahsiah diri Ibn A’jibah dan pengetahuannya. Kajian ini mendedahkan ketinggian ilmu dan kepintarannya yang melayakkan dirinya untuk menjadi seorang pentafsir al-Quran. Kajian ini juga menerangkan tentang kepelbagaian sumber rujukan, uslub, metodologi dan nilai ilmiah bagi kitab Al-Bahrul Madid.

Description

E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

Keywords

Al-Bahrul Madid, Ibn A’jibah, Tafsir Sufi Ishari.

Citation

Collections