Publication: Perkembangan Penulisan Kitab Fiqh Jawi: Suatu Pengenalan Terhadap Kitab Talkhīs al-Falāh fi Bayān ʼAhkām al-Ṭalāq wa al-Nikāh
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Teras, USIM
Abstract
Perkembangan keilmuan Islam di Alam Melayu telah berlaku dengan sangat pesat terutama pada kurun ke 18M. Hal ini telah membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh ulama dan penulisan-penulisan ilmiah yang menjadi sandaran bagi masyarakat Melayu dalam mengamalkan agama Islam. Ini dapat dilihat dengan kewujudan sekitar 22,000 manuskrip Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Justeru artikel ini akan mengetengahkan perbincangan tentang perkembangan penulisan kitab fiqh jawi serta pengenalan terhadap kitab Talkhīs al-Falāh fi Bayān ʼahkām al-Ṭalāk wa al-Nikāh karangan Syeikh Muhammad Zain Acheh. Pemilihan kitab ini sebagai fokus utama dalam kajian adalah disebabkan ia belum pernah diperkenalkan dalam penulisan dan ditonjolkan kepada pengetahuan umum, sedangkan ketokohan dan sumbangan pengarangnya adalah sangat besar. Selain itu, kajian-kajian lepas belum lagi menyentuh berkenaan kitab ini secara spesifik. Pengumpulan data dilakukan dengan meneliti kajian-kajian dan penulisan-penulisan terdahulu berkenaan penulisan kitab fiqh jawi dan latarbelakang pengarang kitab ini, selain melakukan tinjauan terhadap naskhah-naskhah yang ada dalam simpanan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, PNM. Kajian awal mendapati bahawa kitab Talkhīs al-Falāh adalah penulisan yang dihasilkan pada kurun ke 18M, terkhusus dalam bab munakahat, bersandarkan mazhab Syafie, dan merupakan kesinambungan bagi penulisan-penulisan fiqh jawi yang sebelumnya. Oleh yang demikian, diharapkan melalui dapatan ini akan membuka asas pengenalan umum terhadap kitab ini dan kajian-kajian lanjutan akan dapat dilakukan terhadapnya sekaligus memelihara manfaatnya agar tidak luput ditelan zaman.
Description
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad
19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM)
Anjuran : Pusat Pengajian Teras
Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Keywords
Kitab Fiqh Jawi; Talkhīs al-Falāh, Syeikh Muhammad Zain Acheh, Alam Melayu, Kajian Manuskrip.