Publication: Pembentukan Pemikiran Kreatif dan Kritis: Hubungannya Dalam Menyelesaikan Masalah
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Teras, USIM
Abstract
Kreativiti merupakan kebolehan semulajadi untuk menghasilkan idea dan kemungkinan yang baharu dalam menyelesaikan masalah. Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dipraktikkan dan diasah menerusi pelbagai teknik dan kaedah yang tertentu. Usaha yang berkaitan perlu dilakukan supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif ke arah amalan pembangunan insan yang berlandarkan kreativiti. Penerapan kemahiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah merupakan pendekatan pengajaran yang penting yang perlu diintegrasikan dalam kurikulum institusi pendidikan tinggi. Pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan mampu menyelesaikan masalah merupakan kunci kepada arus perubahan dan kemajuan individu dalam kehidupan semasa bergelar mahasiswa dan juga setelah tamat pengajian. Kemahiran ini penting bagi memastikan pelajar memiliki pemikiran tahap tinggi yang diperlukan bagi menghadapi persaingan global. Penerapan kemahiran ini merupakan salah satu bentuk pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, malah juga cemerlang dari sudut akhlak dan emosi.
Description
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad
19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM)
Anjuran : Pusat Pengajian Teras
Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Keywords
Pemikiran, Kreatif, Kritis, Pemyelesaian Masalah