Publication: Penerimaan Pelajar Terhadap Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Pusat Pengajian Teras, USIM
Abstract
Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu contoh platform pembelajaran yang telah dilaksanakan di universiti awam dan swasta di Malaysia. Platform ini menggunakan kaedah pembelajaran secara maya di mana interaksi serta perbincangan dilakukan di dalam atas talian. Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 merupakan salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran di universiti awam (UA) yang merangkumi model, metod dan pendekatan yang lebih efektif dan interaktif seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti penerimaan pelajar UA terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan teknik survei melalui pengedaran instrumen soal selidik secara google form. Seramai 1373 orang pelajar Semester 1, sesi 2018/2019 daripada lima zon yang merangkumi 19 UA terlibat sebagai responden kajian. Persampelan kajian adalah secara berkelompok dan rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan cronbach alfa bagi bahagian penerimaan pelajar ialah 0.947. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0 berada pada tahap yang baik dengan min 4.04. Kajian mendapati kandungan MOOC TITAS 2.0 mempunyai elemen kemudahgunaan, kebolehgunaan, bersesuaian, sistematik dan memuaskan hati para penggunanya. Kajian merumuskan bahawa platform MOOC TITAS 2.0 merupakan salah satu contoh terbaik pelaksanaan e-learning sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran aktif, informatif dan interaktif.
Description
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad
19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM)
Anjuran : Pusat Pengajian Teras
Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Keywords
Penerimaan Pelajar, Aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0, Universiti Awam, Sumber Pengajaran dan Pembelajaran