Publication: Persepsi Pemimpin Terhadap Punca Penghinaan Agama Islam di Media Sosial dan Langkah Pencegahannya
Loading...
Date
2022
Authors
Roslizawati Mohd Ramly
Marina Munira Abdul Mutalib
Mohd Rosmizi Abd Rahman
Nurhafizah Mohd Shukor
Eizan Azira Mat Sharif
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali
Muhamad Zaki Mustafa
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Isu penghinaan terhadap Agama Islam di media sosial merupakan isu yang masih tidak menemui jalan penyelesaian yang tuntas sehinga ke hari ini. Penghinaan yang paling kerap dilakukan adalah menghina Rasul umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW. Rentetan daripada itu, menyebabkan segelintir umat Islam mengambil tindakan menyerang individu yang bukan sahaja menghina agama Islam malahan membuat provokasi kepada umat Islam. Isu ini mendapat perhatian yang serius daripada pihak pemimpin kerana boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti isu ini berdasarkan persepsi pemimpin di Malaysia. Bagi tujuan tersebut kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif berdasarkan analisis kandungan. Data-data dikumpul melalui analisis dokumen daripada laporan-laporan akhbar di Malaysia. Enam akhbar atas talian berbahasa Melayu telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Mstar, AstroAwani dan Sinar Harian. Data-data diambil daripada laman web rasmi akhbar-akhbar tersebut. Analisis dilakukan dengan memfokuskan kepada dua aspek iaitu punca-punca berlaku penghinaan, dan kaedah membanteras isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa punca berlaku penghinaan agama dikaitkan dengan Gerakan yang mendokong fahaman Liberalisme, Pluralisme, ketagihan dadah, gangguan mental, kejahilan, dan ekstremisme. Justeru kaedahyang disarankan untuk mencegah penghinaan agama perlu melalui pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang.
Description
E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2022 “Melestari Turath, Memartabat Falsafah, Memacu Peradaban”/ editor : Anita Ismail, Farah Laili Muda @ Ismail, Mashitah Sulaiman
19 Oktober 2022 (Secara Dalam Talian)
Anjuran : Pusat Pengajian Teras Malaysia (USIM)
Dengan Kerjasama :Institut Sains Islam (ISI), USIM, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Universiti Islam Negeri (UIN), Sunan Kalijaga, Yokyakarta Indonesia
Keywords
Persepsi Pemimpin, Punca, Langkah Pencegahan, Penghinaan Agama Islam, Media Sosial