Publication: Harta Wakaf ‘Aqar Dalam Pembangunan Industri Halal: Analisis Terhadap Sektor Keusahawanan Islam
Loading...
Date
2020-10-15
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Islam mengajak umat manusia melakukan amalan tabarru’. Sehubungan dengan itu, pensyariatan harta wakaf adalah sebahagian dari mekanisma yang mampu melonjak ekonomi umat Islam amnya. Terdapat pelbagai bentuk harta wakaf ‘aqar seperti tanah, bangunan dan rumah. Oleh itu, kemudahan dari wakaf ‘aqar ini boleh dijadikan sebagai fasiliti untuk pembangunan industri halal kepada para usahawan muslim. Antara usaha yang boleh dijalankan ialah menjadikan wakaf ‘aqar berkenaan sebagai inkubator usahawan halal, lot operasi perniagaan, tanah untuk pertanian, serta penternakan berasaskan pensijilan Halal Malaysia. Sehubungan itu, saluran keuntungan dari perniagaan berkenaan akan disalurkan semula kepada penerima wakaf (al-mawquf alaih). Diharapkan dengan memaksimumkan penggunaan wakaf ‘aqar, ia akan melonjakkan sektor Halal yang bersendikan keusahawanan Islam.
Description
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
Keywords
Wakaf,Industri Halal