Publication:
Isu Dan Cabaran Institusi Pondok Dalam Mendepani Wabak Covid-19 Di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Penularan wabak Covid-19 secara global telah memberikan impak yang luar biasa terhadap pelbagai sektor utama negara. Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan rangkaian famili virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi pernafasan sehingga menyebabkan kematian. Covid-19 boleh disimpulkan sebagai penyakit menular yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dikesan oleh manusia (KKM, 2019). Pada bulan Mei 2020, KKM telah mengesahkan beberapa institusi pondok telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalankan saringan terhadap pelajar, guru dan kakitangan akibat susulan penularan kes Covid-19 dalam kalangan peserta perhimpunan di Seri Petaling (Kluster Seri Petaling). Perkara ini telah menggusarkan banyak pihak sehingga menyebabkan beberapa buah pondok ditutup bagi menjalani rawatan pengesanan dan pemulihan penyakit Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan cabaran institusi pondok dalam mendepani wabak Covid-19. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat isu dari segi pendidikan, kesihatan dan kewangan yang dihadapi oleh institusi pondok dalam mendepani cabaran ketika wabak Covid-19. Kajian lanjutan perlu dilakukan dalam memperkasakan institusi pondok di Malaysia khususnya dalam membangunkan Model Tadbir Urus Institusi Pondok di Malaysia.

Description

3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)

Keywords

Isu, Cabaran, Institusi Pondok, Covid-19.

Citation

Collections