Publication: Menyingkap Konsep Kebahagian Menurut Al-Farabi dalam Usaha Meningkatkan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI)
Loading...
Date
2022
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Setiap manusia menginginkan kehidupan yang bahagia dan harmoni di dunia ini mahupun di alam selepas kematian. Disebabkan kepentingannya, konsep kebahagiaan dibincangkan oleh ramai sarjana dari Timur dan Barat dalam pelbagai konteks dari dahulu hinggalah ke hari ini. Dalam konteks Malaysia pula, isu kebahagiaan dalam kalangan masyarakat sentiasa diberi perhatian dan dipantau secara khusus. Dalam hal ini, Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 menunjukkan prestasi skor MHI pada tahun 2021 berada di tahap bahagia iaitu pada skor 6.48. Analisis mengikut komponen pula menunjukkan skor indeks tertinggi yang dicatatkan adalah komponen keluarga iaitu 7.23, diikuti komponen amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75). Walaubagaimanapun, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan skor MHI. Justeru, kertas kerja ini akan merungkai definisi dan konsep kebahagiaan menurut al-Farabi serta mengenalpasti kaedah mencapai kebahagiaan yang disarankan oleh beliau. Kajian ini merupakan kajian kualitatif di mana data dikumpul menggunakan kajian kepustakaan. Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif interpretif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kebahagiaan bagi al-Farabi adalah kebaikan yang hakiki serta matlamat hidup bagi meneruskan kehidupan dengan aman dan damai tanpa menyebabkan masalah. Al-Farabi turut menyarankan empat cara untuk mendapatkan kebahagiaan iaitu pertamanya, teoritis. Keduanya, amali. Ketiganya, memahami teori, nilai intelektual, moral dan praktikal. Dan keempatnya, berakhlak mulia. Kajian ini penting sebagai usaha mengetengahkan kaedah-kaedah yang sesuai bagi meningkatkan skor MHI pada masa akan datang.
Description
E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan
1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)
Keywords
al-Farabi, kebahagiaan, moral, akhlak, MHI.