Publication: Keberkesanan Modul Lestari Alam Satu Tinjauan Terhadap Pelajar Pusat Tamhidi Ambilan Sesi 2022/2023
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak secara umumnya tanpa pengecualian. Namun tidak ramai yang sedar akan hal tersebut. Akibatnya isu-isu alam sekitar muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Justeru, satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar ambilan baharu Pusat Tamhidi untuk mengetahui tahap keberkesanan modul yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan melalui aplikasi media sosial telegram rasmi jabatan kepada semua pelajar baharu Pusat Tamhidi (pra-universiti) sempena Program Taaruf Sesi 2022/2023. Seramai 472 pelajar telah menjawab soal selidik tersebut. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap keberkesanan modul terhadap para pelajar baharu adalah sangat baik di mana purata min secara keseluruhan melebihi 3.00 (Chua, 2006). Diharapkan semoga modul ini dapat memberi sumbangan kepada usaha penjagaan dan kelestarian alam sekitar di masa hadapan dengan melahirkan seseorang yang peka terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar.
Description
E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan
1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM
Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)
Keywords
kesedaran, keberkesanan, alam sekitar.