Publication:
Struktur Peluang dan Tindakan Kolektif: Kajian Kes Muslim di Britain dan Gerakan #Notinmyname

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini membincangkan gerakan #NotInMyName yang pertama kali dimulakan oleh sekumpulan Muslim di United Kingdom pada September 2014 yang bertujuan untuk bertindak balas terhadap kumpulan ekstremis disamping menangani radikalisasi yang berlaku di dalam talian. Penulisan adalah berdasarkan kajian kes dan temubual bersama 15 peserta kajian yang terdiri daripada aktivis, ketua komuniti, imam, katib, penulis, jurucakap komuniti Muslim dan wakil organisasi Muslim di Britain. Analisis berbentuk tematik dilaporkan menerusi aspek struktur peluang (opportunity structure) dan tindakan kolektif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga struktur peluang utama yang memberi kesan terhadap mobilisasi sosiopolitik Muslim di Britain melalui gerakan #NotInMyName iaitu agensi Muslim dan Identiti, peranan teknologi dan media sosial serta peranan pemerintah, golongan elit dan individu berpengaruh

Description

E-Proceeding SAIS 2022 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2022 : “Memimpin Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli” /Editor: Noorfajri Ismail (Head) , Latifah Abdul Latiff , Zalika Adam, Syamila Mansor, Dzulkhairi Mohd Rani, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Azman Ab Rahman, Nur Aina Abdulah, Manal Jusoh, Syed Najihuddin Syed Hassan 1 December 2022 \ Venue: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM Organized by Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM), Faculty of Syariah and Law, USIM and the Institute of Fatwa and Halal (iFFAH)

Keywords

Gerakan sosial, Struktur Peluang, Muslim, Britain

Citation

Collections