Publication:
Instruksi Pengajaran Bahasa Arab Tujuan Khas Berasaskan Artificial Intelligent (AI) dan Chatgpt

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ai dan ChatGPT adalah medium pengajaran yang terkini dalam dunia Pendidikan di abad ini. Walaubagaimanapun penggunaan Ai ChatGPT ini masih lagi berada pada peringkat permulaan di institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Kaedah pengajaran berbasis ChatGPT masih lagi tiada garis panduan yang jelas tentang perlaksanaannya. Hal ini terjadi pada kebanyakkan kursus atau subjek yang diajar termasuk Bahasa Arab Tujuan Khas (Arabic for Specific Purposes). Kajian ini bertujuan untuk menyediakan instruksi pengajaran berasaskan AiChatGPT khusus untuk pengajaran Bahasa Arab tujuan khas sebagai panduan umum pengajaran atau instruktor. Kajian akan menggunakan strategi 4R khusus untuk pembangunan Rapid eLearning iaitu: redesign -Record – Rebuild -Republish . Kaedah yang digunakan ini akan melalui beberapa proses pembangunan reka bentuk yang lengkap bagi menghasilkan satu instruksi pengajaran Bahasa Arab Tujuan Khas yang lengkap sebagai panduan pengajar dan instruktor Bahasa Arab.

Description

E-Proceedings (Extended Abstract) Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Editors : Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali, Wan Muhammad Shaker Bin Wan Adnan, Syed Najihuddin Bin Syed Hassan 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)

Keywords

Ai, ChatGPT, Bahasa Arab Tujuan Khas-ASP.

Citation

Mohd Dali, N. R.S, Wan Adnan , W.M.S , Syed Hassan, S.N (Eds.). (2023). In E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–135). Penerbit USIM.