Publication:
Prospek Pengurusan Modal Mampu Meningkatkan Prestasi Baitulmal Di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2014-04-29

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini mengenai Baitulmal iaitu sebuah perbendaharaan yang menguruskan kewangan Islam negara. Kedudukan Baitulmal sebagai sebuah perbendahaan Islam seharusnya diletakkan dalam struktur perdana negara. Tetapi peranan Baitulmal dipinggirkan serta diperkecilkan fungsinya dalam unit-unit kecil di Majlis Agama Islam Negeri. Selain itu, kewujudan beberapa institusi menyerupai Baitulmal telah menafikan hak untuk menerima dana. Oleh itu, fokus kajian ini untuk mengenalpasti profil pihak berkuasa Agama Islam yang menguruskan Baitulmal di Malaysia. Kajian berbentuk empirikal ke atas prestasi Baitulmal jarang sekali dilaksanakan di Malaysia atau di luar negara. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik. Seramai 318 orang responden yang terdiri daripada lima buah Baitulmal di lima buah negeri terlibat dalam kajian ini. Analisa menggunakan perisian SPSS versi 19.0 iaitu dengan menumpukan perhatian kepada beberapa ciri yang terdapat dalam fenomena kajian dengan menerangkan secara deskriptif. Hasil penemuan menunjukkan menunjukkan golongan muda menguasai pengurusan Baitulmal. Golongan ini boleh dibimbing mengikut acuan sebenar Baitulmal dan mereka memiliki kelayakan akademik. Ini menunjukkan prestasi Baitulmal boleh dipertingkatkan dengan latihan dan kemahiran modal insan iaitu pekerja dalaman Baitulmal sendiri atau Majlis Agama Islam Negeri amnya. Penemuan juga mendapati terdapat pertambahan dan peningkatan pendapatan Baitulmal di negeri-negeri dari tahun ke tahun. Apabila digabung pendapatan Baitulmal dari negeri-negeri seluruh Malaysia membolehkan pengurusan modal (dana) tersebut digemblengkan demi manfaat masyarakat terutama sekali golongan miskin tegar (asnaf). Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini menyarankan supaya ditubuhkan sebuah Baitulmal pusat yang di kenali Baitulmal negara yang berfungsi menyelaraskan pengurusan Baitulmal negeri-negeri di Malaysia.

Description

Keywords

Baitulmal, Pengurusan, Pebendaharaan Islam, Ekonomi dan Kewangan Islam

Citation