Publication: Metodologi Dakwah Terhadap Remaja: Kajian Kes di Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Loading...
Date
2009
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengkaji metodologi atau pendekatan dakwah kepada remaja yang digunakan oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang merangkumi pendekatan dakwah, penetapan dalam pemilihan mesej dakwah, medium dakwah, masalah-masalah pelaksanaan dakwah dan penilaian keberkesanan metodologi yang digunakan. Bagi melegkapkan prosedur pengumpulan dan penganalisian data, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik dan kaedah kualitatif yang diperolehi melalui temubual. Kajian yang dijalankan di Jamaah Islah Malaysia secara an=mnya mendapati bahawa metodologi dakwah terhadap remaja yang diaplikasikan adalah bersifat komprehensif dan sistematik. Bagaimanapun perlaksaan dakwah terhadap remaja yang berada di luar lingkup organisasi JIM terutama yang bermasalah kurang ditekankan.
Description
Keywords
Daʻwah (Islam)