Publication: Korelasi Penghargaan Kendiri dan Tingkah laku Kerohanian Remaja Asnaf
Loading...
Date
2024-08-01
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Faktor sosioekonomi dikhuatiri mempengaruhi penghargaan diri remaja asnafsehingga memberi kesan negatif terhadap perkembangan psikologi serta tingkah laku mereka. Walau bagaimanapun, tingkah laku kerohanian dipercayai mampu mengimbangi kesan negatif dan membina kendiri yang lebih positif. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tingkah kerohanian dan tahap penghargaan kendiri remaja asnaf. Kajian kuantitatif ini menggunakan metode tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada 242 remaja asnafdi negeri Pahang. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan korelasi. Hasil kajian menunjukkan kecenderungan tingkah laku kerohanian remaja asnafadalah tinggi dan tahap penghargaan kendiri remaja asnafberada pada tahap sederhana. Keputusan kajian juga mendapati tahap penghargaan kendiri dan tingkah laku kerohanian remaja asnafmempunyai hubungan positif yang signifikan. Melalui kajian ini, pihak yang berkaitan dapat merangka modul serta program pembangunan remaja asnafkhususnya dalam meningkatkan penghargaan diri dan pembangunan diri remaja solehlescents, significantly improving the self-identity and self-development of pious adolescents.
Description
Ulum Islamiyyah, Volume 36 issue 02 Page (166–178)
Keywords
Penghargaan kendiri, tingkah laku kerohanian, remaja, asnaf, psikologi Islam
Citation
Siti Jamiaah Abdul Jalil, Ahmad Irdha Mokhtar, Fariza Md. Sham, A'dawiyah Ismail, Farah Ayuni Mohd Hatta, Anuar Puteh, Abdul Razaq Ahmad, Safiah Abd Razak, Asmadi Abdul Rahman & Wafa Amni Fajuri (2024). Korelasi Penghargaan Kendiri dan Tingkah laku Kerohanian Remaja Asnaf: [Correlation of Self-Esteem and Spiritual Behavior of Asnaf Teenagers]. Ulum Islamiyyah, 36(02), 166–178. https://doi.org/10.33102/uij.vol36no02.560