Publication: Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 2022: Ulasan Terhadap Pindaan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Loading...
Date
2024
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) merupakan satu entiti yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 17 Okotober 1968. Ia merupakan badan yang bertanggungjawab dalam melakukan penyelarasan pentadbiran agama Islam di seluruh negara berdasarkan kepada bidangkuasanya yang termaktub dalam Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 1968 (Peraturan MKI 1968). Namun begitu, pada tahun 2022, peraturan ini telah dipinda bertujuan bagi menambahbaik tadbir urus MKI. Pindaan ini telah memberikan nafas baharu kepada kefungsian majlis ini serta beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan di bawahnya. Oleh itu, kajian ini dikemukakan bagi meninjau pindaan yang telah dilakukan terhadap jawatankuasa fatwa yang merupakan salah satu jawatankuasa di bawah MKI. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metodologi analisis dokumen yang merangkumi buku, akta, enakmen, artikel penyelidikan dan juga Peraturan MKI. Kaedah temubual separa berstruktur dan penelitian secara komparatif juga telah dilakukan dalam mengulas perubahan yang berlaku terhadap jawatankuasa fatwa tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa pindaan telah dilakukan yang merangkumi penubuhan dan perlantikan, keanggotan, tugasan dan juga penjenamaan baharu jawatankuasa tersebut. Didapati pindaan yang telah dilakukan bertujuan memberikan nilai tambah kepadanya tanpa menjejaskan kefungsian asal jawatankuasa ini.
Description
Journal of Fatwa Management and Research
Volume: 29 Issue:3 (page: 90–110)
Keywords
Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Ulasan, Pindaan & Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Citation
Ahmad Tarmizi Mahmud,Irwan Mohd Subri Mohd & Nasir Abdul Majid. (2024). Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 2022: Ulasan Terhadap Pindaan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam: Malaysia’s National Council for Islamic Religious Affairs Regulations 2022: Comments on the Amendments of the Muzakarah Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs. Journal of Fatwa Management and Research, 29(3), 90–110. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no3.589