Publication: Pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (I-Talk Pismen): Satu Kajian Keperluan Bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Zes Rokman Resources
Abstract
Kekangan akses pendidikan terhadap golongan orang kurang upaya penglihatan OKU dalam mendapatkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk sistem pendidikan negara adalah suatu isu yang tidak asing lagi di negara ini. Terutamanya dalam akses BBM Islami, termasuklah mata pelajaran wajib bagi murid-murid yang beragama Islam di negara ini iaitu Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, Kajian keperluan ini adalah untuk meninjau keperluan pembangunan Perisian Interaktif Audio Buku Pendidikan Islam Sekolah menengah Kebangsaan (i-TALK PISMEN) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK MaL) Masalah Penglihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap dua orang OKU penglihatan dan seorang guru sekolah pendidikan khas. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengedaran borang kaji selidik kepada kumpulan murid Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Terengganu. Oleh itu, kajian mendapati bahawa pembangunan audio buku Pendidikan Islam sangat bermanfaat dan membantu murid berkeperluan khas masalah penglihatan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan i-TALK PISMEN adalah sangat diperlukan bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM bagi MBK MaL.
Description
Keywords
i-TALK PISMEN, Pendidikan Islam, MBK MaL, blind