Publication: Analisis Keperluan Pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia Bagi Terminologi Ibadah
Loading...
Date
2018
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Zes Rokman Resources
Abstract
Ibadah wajib dikerjakan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf termasuk OKU Pekak. Mereka sewajarnya diberi ruang dan peluang untuk mempelajari Ibadah mengikut kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka. Namun, masalah komunikasi merupakan cabaran utama golongan ini dalam pemahaman konteks Ibadah. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keperluan pembangunan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi terminologi Ibadah. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui protokol temu bual ke atas 10 OKU Pekak Muslim. Dapatan kajian menunjukkan keperluan pembangunan BIM bagi terminologi Ibadah memberi kefahaman yang jelas, membimbing orang pekak ke arah kebaikan, meningkatkan ilmu baharu dan menarik minat belajar. Diharapkan kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak khususnya institusi-institusi agama, bahagian dasar sama ada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), guru Pendidikan Khas bahagian Pendidikan Islam, penyelidik BIM dalam usaha meningkatkan pemahaman dan amalan beragama dalam kalangan OKU Pekak di Malaysia.
Description
Keywords
Analisis keperluan, Bahasa Isyarat Malaysia, Ibadah, Pekak, Elderly And Disabled