Publication: Penerimaan Pelajar Kursus Bahasa Arab Di Universiti Malaysia Kelantan Terhadap Pembelajaran Teradun Berteraskan Model Penerimaan Teknologi (TAM)
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Abstract
Pembelajaran teradun merupakan satu pengintegrasian pendekatan bersemuka dan menggunakan teknologi. Pendekatan ini masih belum meluas digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Oleh yang demikian, kajian ini betujuan untuk mengenal pasti tahap penerimagunaan pembelajaran teradun kursus Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan berteraskan model penerimaan teknologi (TAM). Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian telah diedarkan kepada 120 orang pelajar yang mendaftar kursus bahasa Arab yang telah dipilih secara rawak untuk mengambil bahagian di dalam kajian tinjauan ini. Data berbentuk kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic 24. Hasil dapatan menunjukkan pendekatan pembelajaran teradun memberi kesan yang positif kepada proses pembelajaran pelajar. Pelajar juga mendapat manfaat daripada pembelajaran teradun ini dan mahukan pendekatan ini dijalankan sepanjang semester berjalan.
Description
Volume 2, Issue 1
Keywords
Bahasa Arab, Pembelajaran Teradun, Model Penerimaan Teknologi, TAM