Publication: Competition Law In Malaysia
Loading...
Date
2019
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Abstract
Undang-Undang Persaingan telah diperkenalkan di Malaysia semenjak tahun 2010 dan telah dikuatkuasakan pada tahun 2012. Pengenalan Undang-Undang Persaingan di Malaysia selaras dengan hasrat komuniti ekonomi ASEAN yang bermatlamat untuk menjadikan ASEAN sebagai rantau yang berdaya saing di peringkat global. Perbincangan yang terkandung di dalam buku ini menerangkan secara terperinci pemakaian Undang-Undang Persaingan di Malaysia seperti yang terkandung di dalam Akta Persaingan 2010, Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 dan juga garis-garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Persaingan Malaysia. Buku ini juga mengambil contoh pendekatan kes-kes yang diputuskan oleh Suruhanjaya Persaingan di Kesatuan Eropah memandangkan Malaysia masih lagi di peringkat awal pelaksanaan undang-undang persaingan serta mengambil kira faktor bahawa undang-undang persaingan yang wujud di Kesatuan Eropah telah dijadikan model undang-undang untuk Malaysia.
Description
Jilid :3 Bil:1