Publication:
Kepentingan Bahasa Arab dalam Penghuraian Isu Makanan: Kajian Dalam Al-Quran

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Isu makanan halal telah menjadi isu global yang hangat diperbincangkan dewasa ini. Segenap lapisan masyarakat sama ada muslim atau tidak semakin sensitif dengan perkembangan isu makanan termasuklah ke peringkat status kesucian sesuatu produk makanan. Atas kesedaran ini, Malaysia berhasrat untuk menjadikan negara ini sebagai hub halal terkemuka yang menjadi tumpuan dunia. Sehubungan dengan itu, isu makanan termasuklah metode pengeluaran hukum dan status sesuatu produk makanan sering dibincangkan di pelbagai peringkat seperti seminar dan pusat penyelidikan. Pelbagai aspek disentuh dalam perbincangan tersebut termasuklah peranan bahasa Arab dalam perkara ini. Penghuraian isu makanan dari segi status kesuciannya tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh bahasa Arab. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan bahasa Arab dalam penghuraian isu makanan. Dalam kertas kerja ini pendapat-pendapat ulama tafsir diketengahkan sebagai rujukan dan sandaran dalam menerangkan hubung kait yang signifikan antara bahasa Arab dan penghuraian isu tersebut dalam al-Quran. Dapatan kajian menjelaskan bahawa seseorang yang terlibat dalam penghuraian sesuatu isu berkaitan makanan perlu menguasai bahasa tersebut secara mendalam. Hal ini adalah kerana sumber utama dalam pengeluaran sesuatu hukum makanan iaitu al-Quran dan hadis adalah berbahasa Arab.

Description

Keywords

Halal food industry, Arabic Language -- Study and teaching -- Malaysia

Citation