Publication:
Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-isu Dan Panduan Perspektif Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kemajuan teknologi masa kini yang menjadi pencetus kepada perkembangan media sosial baharu sekaligus telah mempengaruhi budaya dan kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kemajuan yang baru ini turut melahirkan isu berkaitan penyalahgunaannya. Tanpa panduan Islam dan akhlak berkomunikasi, pelbagai bentuk pelanggaran telah berlaku. Umpamanya seperti pembulian siber, kebebasan bersuara tanpa batas, pengantunan siber dan penyebaran maklumat palsu. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan membincangkan tentang isu-isu berkaitan penyalahgunaan media sosial baharu dan panduan dalam menanganinya. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kepustakaan sepenuhnya dengan mengumpul dan menganalisis isu berkaitan dengan media sosial sama ada dari artikel jurnal, laporan akhbar dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai isu atau kes berkaitan penyalahgunaan media sosial baharu dilaporkan dan secara asasnya pengguna media sosial perlu mengamalkan akhlak Islam dalam berinteraksi di media sosial baharu agar ekosistem kesolehan digital dapat direalisasikan

Description

Vol. 50 No. 1

Keywords

Media sosial baharu, jenayah siber, kesolehan sosial,akhlak, komunikasi digital

Citation

Syed Abdul Rahman, S. M. H., Ramli, M. A. ., Sa’ari, C. Z. ., Norman, A. A. ., Mamat, M. A. ., & Mohd Azhar, M. H. . (2022). Penggunaan Media Sosial Baharu: Isu-Isu dan Panduan Perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 50(1), 69–92. Retrieved from https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/37643