Publication: Analisis Keperluan Komunikasi Arab Kerjaya Untuk Staf Perpustakaan
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Global Academic Excellence
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan komunikasi Bahasa Arab untuk tujuan kerjaya sebagai staf perpustakaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Analisis ini dilakukan beradaptasikan teori Analisis Keperluan Bahasa untuk Tujuan Khusus oleh Hutchinson & Waters (1987), terdiri daripada tiga elemen, iaitu: Keperluan (Needs), Kekurangan (Lacks) dan Kehendak (Wants). Berdasarkan teori tersebut, borang kaji selidik dibina dalam dua bahagian, pertama berkaitan latar belakang responden dan kedua berkaitan persoalan situasi-situasi yang perlu (Needs) berkomunikasi Arab, jurang kekurangan (Lacks) kemahiran komunikasi Arab dengan keperluan sebenar, dan kehendak (Wants) responden daripada kursus komunikasi Bahasa Arab. Responden kajian (N 28) terdiri daripada staf perpustakaan USIM yang berkhidmat di dua kaunter utama, iaitu kaunter Penasihat Pengguna dan kaunter Sirkulasi. Dapatan kajian menunjukkan tahap keperluan mereka terhadap kemahiran komunikasi Arab adalah sangat tinggi dan positif, pada empat fungsi utama dalam pelbagai situasi, iaitu pertanyaan, permohonan, penerangan dan perbualan umum. Manakala jurang kekurangan (lacks) kemahiran komunikasi Arab adalah agak ketara. Ini memberi implikasi bahawa penyediaan sesuatu modul kursus komunikasi Arab keperpustakaan perlu mampu merapatkan jurang ini dengan memberi penekanan terhadap apa yang mereka belum kuasai dan perlu kuasai untuk kerjaya mereka. Ini disamping meraikan kehendak (wants) mereka yang menyentuh aspek penyediaan modul dan psikologi peserta melalui pendekatan pengajaran yang mudah dan menarik.
Description
Volume: 2 Issues: 7
Keywords
Bahasa Arab Perpustakaan, Analisis Keperluan, Kerjaya, Staf Perpustakaan USIM