Publication: Isu dan Cabaran Dakwah kepada OKU: Analisis Tinjauan Literatur Sistematik
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
PIMM Expert Sdn. Bhd.
Abstract
Dakwah Islam termasuklah pendidikan al-Quran tidak dapat dinafikan kepentingan dan peranannya dalam pembangunan ummah. Justeru itu, dakwah Islam perlu diberi perhatian dan fokus yang sewajarnya dalam perkembangan pendidikan anak-anak bagi memastikan ia mampu memberi impak yang terbaik dalam proses pembinaan ummah. Dakwah Islam yang sebenar perlu disediakan kepada setiap lapisan masyarakat tidak terkecuali kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) pelbagai jenis kategori. Golongan ini berhak mendapat nikmat Islam kerana Islam tidak hanya terkhusus kepada individu sempurna pancaindera sahaja. Namun demikian, keperluan khusus serta kaedah tertentu perlu diambil kira sewajarnya oleh para pendakwah agar dakwah Islam dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah menganalisis isu dan cabaran dakwah kepada komuniti OKU. Metode kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunapakai reka bentuk analisis kandungan berpandukan tinjauan literatur sistematik sebagai landasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran dakwah kepada golongan OKU yang perlu dihadapi oleh para pendakwah dan pihak yang terlibat dengan komuniti OKU. Oleh yang demikian, diharap kajian ini berupaya menimbulkan kesedaran dan membuka mata semua pihak dalam usaha meningkatkan pemahaman dan amalan beragama komuniti OKU.
Description
Volume : 8 No:2 (Page: 15-27)
Keywords
Cabaran, Dakwah, Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), ulasan sistematik