Publication: Aplikasi Kaedah Usul Fiqh Dalam Memahami Hadith-hadith Berkaitan Wabak Dan Penetapan Langkah Keselamatan
Loading...
Date
2022
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Secholian Publication
Abstract
Artikel ini membahaskan tentang aplikasi beberapa Kaedah Usul Fiqh dalam memahami hadith-hadith wabak dan sejauh mana ia sesuai dijadikan sebagai asas dalam penetapan hukum dan prosidur keselamatan dalam usaha memutuskan rantaian sesuatu wabak melalui kaedah analisis teks. Hadith wabak adalah salah satu daripada teks nabawi yang perlu difahami melalui kerangka ilmu usul fiqh agar prinsip-prinsip Islam yang tersirat di sebaliknya dapat dihayati oleh masyarakat. Para sarjana Islam dilihat telah memainkan peranan dalam mengeluarkan ‘illah yang boleh dijadikan sandaran hukum ke atas situasi semasa yang perlu kepada pandangan dan penyelesaian Islam. Selain kaedah istinbatiyyah, kaedah istidlaliyyah seperti maslahah mursalah yang menjadi sebahagian perbahasan ilmu Usul Fiqh juga dilihat amat signifikan dalam menentukan keharusan atau sebaliknya tindakan pihak berwajib dalam membendung penularan penyakit berjangkit.
Description
Vol 7 No 5 (2022)
Keywords
Aplikasi Kaedah Usul Fiqh, Hadith-hadith wabak, Prosidur keselamatan
Citation
Aris, H., Abdul Halim, A. and Muslim, N. (2022) “Aplikasi Kaedah Usul Fiqh dalam Memahami Hadith-Hadith Berkaitan Wabak dan Penetapan Langkah Keselamatan”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), p. e001527. doi: 10.47405/mjssh.v7i5.1527.