Publication: Petunjuk Rasulullah SAW Dalam Penentuan Prosedur Standard Operasi Bagi Mencegah Penularan Pandemik Covid-19
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
Abstract
Penularan virus COVID-19 telah banyak mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia telah menggusarkan hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta mula memasuki negara-negara seluruh dunia. Kes pertama dikesan positif di Malaysia pada Februari 2020. Justeru itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Maka, artikel ini bertujuan untuk menilai SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia keselariannya dengan perbahasan Sunnah Rasulullah SAW. Kajian ini memfokuskan metodologi kualitatif deskriptif dengan penelitian terhadap hadis-hadis berkaitan wabak dan kaedah pencegahan penularan wabak. Hasilnya, setiap saranan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui penetapan SOP yang dikeluarkan seperti larangan rentas negeri, penjarakan fizikal, kuarantin kendiri dan pemakaian pelitup muka adalah bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.
Description
Keywords
COVID-19; SOP; PKP; Virus; Penyakit