Publication: Penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Agama Integrasi di Selangor
Loading...
Date
2017
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Abstract
Penyelidikan ini merupakan kajian tahap penguasaan metode Rasm Uthamni dalam kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam (GPI) di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor. Tujuan penyelidikan ini untuk mengenal pasti tahap dan masalah penguasaan metode Rasm Uthmani di kalangan GPI dalam memastikan gabung jalin Rasm Uthmani dengan Kurikulum Pendidikan Islam, Hafazan dan Tajwid yang dilaksanakan di SRAI. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada responden di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Sebagai kesahan instrumen kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di dua buah di Selangor. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan Rasm Uthmani di kalangan GPI masih berada di tahap yang sederhana dan sangat perlu kepada penambah baikan. Di harap penyelidikan ini dapat membantu meningkatkan penguasaan ilmu al-Quran di kalangan guru GPI agar menjadi lebih mantap, di samping dapat memberi pendedahan dan membimbing murid-murid dalam menguasai ilmu-ilmu al-Quran dengan lebih baik. Seterusnya, dapat membantu Kerajaan Negeri Selangor khasnya dan agensi-agensi berkepentingan dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam dalam negara ini tercapai.
Description
Keywords
Guru Pendidikan Islam (GPI),, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI),, Pendidikan Al-Quran (PAQ), Tilawah dan Hafazan,, Rasm Uthmani
Citation
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-ISSN 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 4 NO. 1 (APRIL 2017): pp 64-79