Publication:
Tahap Keberkesanan Gamifikasi Global Halal Game (GHG) Dalam Kalangan Peserta Program Halal Eksekutif Profesional

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Gamifikasi merupakan salah satu bahan bantu mengajar pendidikan fleksibel yang signifikan dengan Pembelajaran Abad Ke-21 kini. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan Global Halal Game (GHG) dalam pendidikan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada empat puluh tiga (43) orang responden yang mengambil bahagian dalam Professional Halal Training Programme –Certificate of Professional Halal Executive (PHEP) 2018. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap keberkesanan GHG dalam Pendidikan adalah di tahap yang baik. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi pihak pembangun produk inovasi berciri gamifikasi untuk melakukan lebih penambahbaikan dan penghasilan produk inovasi lain untuk bidang-bidang lain yang masih kurang diberi penekanan untuk kebaikan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat umum amnya.

Description

Volume :7 No: 3

Keywords

Gamifikasi, bahan bantu mengajar, pendidikan fleksibel, Global Halal Game, inovasi

Citation