Publication: Analisis Undang-Undang Yang Mengawal Terma Dalam Kontrak Pelesenan Paten Untuk Pengkomersialan
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Dewan Bahasa dan Pustaka
Abstract
Kontrak lesen ialah satu bentuk kontrak yang dibuat secara bertulis berdasarkan pada terma yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkontrak berkaitan dengan pelesenan paten. Kontrak lesen merupakan salah satu cara eksploitasi harta intelek yang dibuat bagi tujuan mengkomersialkan reka cipta yang telah dipatenkan. Kajian lepas mendapati bahawa salah guna hak paten oleh pihak-pihak yang berkontrak boleh berlaku melalui terma-terma yang dimasukkan dalam kontrak lesen tersebut. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis peruntukan undang-undang yang mengawal terma dalam kontrak lesen. Bagi mencapai objektif tersebut, makalah ini mengguna pakai kaedah kepustakaan dan analisis dokumen perundangan yang berkaitan seperti akta, kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah, buku, dan jurnal. Hasil kajian menunjukkan terdapat peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengawal terma yang dimasukkan dalam kontrak pelesenan paten. Namun begitu, penambahbaikan perlu dibuat terhadap peruntukan undang-undang tersebut bagi tujuan melancarkan pelaksanaan kontrak pelesenan paten.
Description
Volume: 34 No: 2 (Page: 301-320)
Keywords
Harta intelek, terma, paten, kontrak lesen, pengkomersialan, Malaysia
Citation
Haliza A. Shukor, Intan Nadia Ghulam Khan & Hasnizam Hashim. (2022). Analisis undang-undang yang mengawal terma dalam kontrak pelesenan paten untuk pengkomersialan. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 34(2), 301-320. http://doi.org. 10.37052/kanun.34(2)no6