Publication: Membangunkan Aplikasi Mobil Untuk Pemetaan Syajarat Alasanid Dalam Kitab Sahih Muslim
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit KUIS
Abstract
Kajian ini memilih Sahih Muslim sebagai fokus kajian dengan terperincikan kepada beberapa hadis di dalam Bab Iman sahaja. Antara objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk menjelaskan metod susunan sanad yang digunakan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya. Beliau terkenal dengan menggunakan beberapa simbol khas dalam penyusunan sanad-sanad perawi hadis, dan simbol-simbol ini menimbulkan beberapa masalah apabila pelajar kurang memahami susur galur jalan periwayatan hadis. Oleh itu, kajian ini menggunakan syajarat al-asanid sebagai kaedah bagi membantu pelajar dalam memahami penyusunan sanad hadis yang mempunyai simbol-simbol tertentu sahaja. Kajian ini juga bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian yang berbentuk aplikasi mobil bagi memudahkan para pelajar membentuk susunan sanad tersebut dengan lebih mudah dan menghasilkan syajarat al-asanid yang tepat berkonsepkan model reka bentuk sistem berarahan ADDIE iaitu analysis (analisis), design (reka bentuk), development (pembangunan), implementation (implimentasi) dan evaluation (penilaian). Justeru, aplikasi mobil yang dibangunkan dalam kajian ini merupakan salah satu inovasi yang digunakan bagi membantu pengajian hadis dilaksanakan dengan lebih efektif dan mendapat impak yang lebih positif. Ia juga boleh dijadikan sebagai modul awal kepada inovasi lain dalam ilmu sanad hadis.
Description
Volume: 6 No:1
Keywords
Aplikasi mobil, syajarat al-asanid, sahih muslim, sanad, hadis