Publication:
Pendekatan Behavioral Insights Dalam Meningkatkan Pematuhan Pembayaran Kompaun Di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini menganalisa kaedah Behavioral Insights (BI) dalam meningkatkan pematuhan pembayaran kompaun. BI merupakan sebuah pendekatan induktif dalam pembuatan sesuatu dasar yang menggabungkan elemen psikologi, sains kognitif dan sains sosial dengan hasil yang diuji secara empirikal untuk mengetahui tingkah laku manusia sebenarnya dalam membuat pilihan. Kaedah BI merupakan usaha penggubalan dasar awam untuk memahami tingkah laku manusia dalam merangka intervensi dasar. Langkah mengintegrasi BI dalam proses pembuatan dasar dilihat sebagai sesuatu yang perlu diterapkan dalam pelaksanaan polisi kerajaan bagi membolehkan pembuat dasar dan pengawal selia menjangkakan impak tingkah laku polisi lantas mewujudkan peraturan dan undang-undang yang lebih berkesan serta berkualiti. Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah (MPSP) berdepan cabaran dalam menguatkuasakan pembayaran kompaun di dalam kawasan pentadbirannya. Pelaksanaan kaedah BI di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dilihat sebagai sesuatu yang baru dan berupaya untuk menyelesaikan isu dan permasalahan yang dialami oleh kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia terutamanya berkaitan pematuhan pembayaran kompaun di kalangan orang awam.

Description

E-JOURNAL OF ECONOMICS, ENTREPRENEURSHIP AND MANAGEMENT SCIENCES (VOL 1, NO 1, 2022)

Keywords

Behavioural Insights, Dasar awam, Intervensi dasar, Tingkah laku dan kompaun

Citation