Publication:
Alternative Evidence Using Forensic Science Towards Sodomy and Tribadism Cases in Syariah Court

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sains forensik sebagai salah satu kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah telah mula hangat diperbahaskan oleh para ilmuan dan ahli akademik. Kajian ini dijalankan bagi memperkenalkan beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif selain daripada pengakuan salah dan saksi bagi kes-kes LGBT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah sosio-perundangan dan kajian kepustakaan dalam mengumpulkan data primer dan sekunder. Kemudian, kaedah analisis kandungan telah diaplikasikan dengan menggunakan pendekatan penalaran induktif dan deduktif untuk menganalisa data-data tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa liwat dan musahaqah adalah sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Kajian juga mendapati terdapat beberapa kaedah sains forensik yang boleh digunakan sebagai keterangan alternatif termasuklah analisa DNA, analisa bahan bukti fizikal, biologi, kimia, dan analisa peranti digital. Kajian ini mencadangkan agar aspek pembuktian bagi kes-kes LGBT dalam konteks undang-undang Syariah dan juga Hukum Syarak perlu diberikan penekanan kerana kajian yang sebegini masih belum ada dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas.

Description

Vol. 6. No. 2 Special Edition (SKESA)

Keywords

Forensik, LGBT, Liwat, Musahaqah, Keterangan.

Citation