Publication:
Persepsi Pekerja terhadap Sensitiviti Gangguan Seksual dan Hubungannya dengan Tingkah Laku Devian

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ketika ini, statistik kes gangguan seksual dan keganasan di Malaysia dilihat sedang mengalami peningkatan yang mendadak. Ia bukan sahaja berlaku di tempat awam, malah boleh berlaku di tempat kerja. Gangguan seksual dalam kalangan pekerja bukanlah isu yang boleh di pandang remeh kerana ianya merupakan isu sosial yang boleh memberi implikasi kepada produktiviti, motivasi dan persekitaran kerja yang berkualiti dan selamat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk; a)mengenalpasti persepsi pekerja terhadap sensitiviti gangguan seksual dan hubungannya dengan tingkah laku devian. b)mengkaji perbezaan persepsi pekerja mengikut jenis jantina dan bangsa bagi sensitiviti terhadap gangguan seksual. kajian ini berbentuk tinjauan kuantitatif dengan menggunakan persampelan rawak mudah melibatkan 294 responden. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik adaptasi gangguan seksual daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2019 dan Skala Delinkuen Junger 1997. Data kajian dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa perempuan lebih sensitif berbanding lelaki terhadap bentuk-bentuk gangguan seksual. Selain itu, dapatan menunjukkan semakin tinggi tingkah laku devian individu, maka semakin rendah tahap sensitivitinya terhadap gangguan seksual.Dari aspek bangsa, kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi gangguan seksual mengikut bangsa yang mungkin dipengaruhi oleh gaya hidup, budaya dan agama. Berdasarkan dapatan kajian, gangguan seksual ini boleh dibendung dengan adanya kesedaran kendiri untuk mengelak kejadian berlaku terhadap diri sendiri. Pihak organisasi juga berperanan dalam mewujudkan faktor pelindung bagi menghalang tingkah laku ini berlaku di tempat kerja dengan menekankan etika kerja profesional dan mewujudkan saluran aduan bagi memelihara kesejahteraan persekitaran tempat kerja serta produktiviti pekerja.

Description

Vol. 18. No.5 (page: 212-229)

Keywords

gangguan seksual, pekerja, tempat kerja, persepsi,tingkah laku devian

Citation

Abdul Aziz, Abdul Rashid & Amat, Mohamad Isa & Zakaria, Zaliridzal & Razak, Nor & Mohd Nasir, Mohd Azrin. (2021). Persepsi Pekerja terhadap Sensitiviti Gangguan Seksual dan Hubungannya dengan Tingkah Laku Devian (Employee's Perception on Sensitivity towards Sexual Harassment and its Relationship to Deviant Behavior). 18. 1823-884.