Publication: Golongan LGBT Sebagai Penerima Zakat Menurut Konteks Maslahah
Loading...
Date
2018
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Abstract
Permasalahan LGBT bukanlah isu yang baharu. Di dalam al-Quran, konotasi negatif digunakan ketika merekodkan perihal golongan ini dalam peristiwa kaum Nabi Lut. Walau bagaimanapun, dewasa ini menyaksikan bahawa polemik LGBT semakin diterima masyarakat, khususnya di negaranegara barat. Malah, golongan ini dilihat agresif menuntut hak kebebasan. Di Malaysia, permasalahan telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat, malah menjadi punca tercetusnya pelbagai konflik. Statistik sehingga Mac 2010 menunjukkan sejumlah 30,670 orang pekerja seks wanita dan pekerja seks transeksual seluruh Malaysia termasuk rakyat asing. Sungguhpun begitu, masih wujud kelompok di kalangan mereka yang menunjukkan sikap untuk insaf dan bersedia untuk dibimbing. Pelbagai inisiatif untuk membantu mereka telah diusahakan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan institusi zakat bagi tujuan program pemulihan. Namun, persoalan timbul berkaitan kelayakan dan kedudukan golongan LGBT untuk diberikan zakat khususnya dalam membantu aktiviti pemulihan mereka.
Description
Volume : 12 No:2
Keywords
LGBT, Zakat, maslahah, Hukum dan Fatwa