Publication:
Prinsip-prinsip Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah: Pengenalan Dan Terjemahan Melayu Wasiyyah Imam Abu Hanifah.

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Imam Abu Hanifah merupakan salah seorang sarjana dan mujtahid agung dalam Islam. Beliau telah meninggalkan beberapa karya berharga kepada umat Islam sama ada dalam bidang akidah mahupun fiqh melalui nukilan daripada para pelajar beliau. Antaranya ialah Wasiyyah yang memerihalkan prinsip-prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah. Dalam wasiat tersebut beliau berpesan secara khusus kepada para pelajarnya (ashab dan ikhwan) supaya sentiasa berada dalam golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah dan tidak terperangkap dengan golongan pelaku bid`ah (mubtadi`) ataupun golongan pengikut hawa nafsu (sahib hawa). Beliau seterusnya merumuskan sebanyak dua belas prinsip Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah yang perlu dilazimi oleh semua umat Islam. Wasiat sebegini amat penting diketengahkan kepada masyarakat Melayu kini untuk menjelaskan prinsip-prinsip golongan tersebut khususnya kerana ia belum lagi diperkenalkan serta diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Justeru, artikel ini akan mengemukakan pengenalan mengenai Abu Hanifah, kesahan teks Wasiyyah sebagai karya beliau, ulasan ringkas kandungan teks dan seterusnya terjemahan Melayu. Walaupun risalah ini hanyalah wasiat ringkas yang disembahkan dalam bentuk matan, namun ia amat berharga dan memadai untuk menjadi prinsip asas dan panduan dalam mendepani cabaran akidah masa kini.

Description

Edisi Khas, Kerjasama UM-USM

Keywords

Abu Hanifah, Wasiyyah, Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah, akidah, kajian teks dan terjemahan

Citation