Publication:
Mekanisma Undang-undang Dalam Membangun Dan Melaksanakan Undang-undang Persaingan Di Malaysia

No Thumbnail Available

Date

2017

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

CLJ Legal Network Sdn Bhd

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Malaysia telah memperkenalkan undang-undang domestik berkaitan persaingan pada tahun 2010 yang berkuatkuasa sejak tahun 2012. Pembangunan Undang-Undang Persaingan di Malaysia ialah selaras dengan Pelan Tindakan Ekonomi ASEAN yang ditandatangani pada tahun 2007 yang bertujuan menggalakkan ahli negara-negara ASEAN memperkenalkan Undang-undang Persaingan domestik di negara masing-masing menjelang tahun 2015 bagi menjadikan ASEAN sebagai rantau yang berdaya saing. Hasrat tersebut diteruskan melalui Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 yang antaranya memastikan agar Undang-Undang Persaingan dapat dilaksanakan dengan berkesan di kalangan negara anggota ASEAN berpandukan pada garis panduan ASEAN yang telah dipersetujui. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti mekanisma undang-undang yang digunakan oleh Malaysia bagi tujuan membangunkan Undang-Undang Persaingan domestiknya dan juga menganalisis mekanisma undang-undang yang digunapakai bagi tujuan pelaksanaannya di Malaysia.

Description

Keywords

Citation