Publication: Meningkatkan Kualiti Amalan sebagai Tujuan Pendidikan Abu Hanifah: Suatu Analisis Perbandingan
Loading...
Date
2013
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Akademi Pengajian Islam, UM
Abstract
Tujuan pendidikan merupakan antara elemen penting dalam sesebuah proses pendidikan. Ia berkait rapat dengan usaha ke arah merealisasikan pendidikan yang tepat dan berkualiti kepada para pelajar. Makalahini menjelaskan tujuan pendidikan menurut Abu Hanifahberdasarkan beberapa penulisan beliau. Makalah ini mendapatibahawa antara tujuan pendidikan menurut beliau ialah untuk meningkatkan kualiti amalan. Tujuan pendidikan ini adalah selaras dengan tradisi Islam yang bersumberkan al-Qur'an, al-Sunnah, para Sahabat dandikembangkan olehpara sarjana Islam bermula daripada kurun pertama Hijrah sehingga kurun ke-11Hijrah. Analisistujuan pendidikan menurut para tokoh awal pendidikan Islam seperti makalah ini adalah amat pentingsupaya hasilnya dapat dijadikan rujukan dan asas dalam membina dan mengembangkan sistem pendidikan dewasa ini.
Description
Volume:37
Keywords
kualiti amalan, tujuan pendidikan, Abu Hanifah, pendidikan Islam, tokoh pendidikan Islam