Publication:
Waqaf Qabih Pada Ru'us Al-Ayi Yang Diperselisihkan Oleh Para Ulama' Fawasil

No Thumbnail Available

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Darul Quran Jakim

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ru'us al-ay (kepala ayat) merupakan tempat yang seringkali para qari menghentikan (waqaf) bacaan al- Quran padanya. Hukum menghentikan bacaan pada ru'us al-ay ini adalah berbeza-beza kerana sebahagiannya merupakan waqaf tam, manakala sebahagian yang lain pula adalah kafi dan hasan, bahkan sebahagian yang lain adalah qabih. Perbezaan hukum waqaf pada ru'us al-ay bertambah rumit apabila para ulama fawasil berbeza pendapat dalam menentukan ru'us al-ay kepada tujuh mazhab dan mazhab-mazhab ini menjadi sandaran muktamad dalam penentuan ru'us al-ay bagi setiap qiraat mutawatirah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis ru'us al-ay yang diperselisihkan dalam kalangan ulama fawasil, dengan memberikan fokus kepada ru'us al-ay yang dinilai sebagai waqaf qabih, serta menganalisis sebab berlakunya waqaf qabih tersebut. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, dengan mengenalpasti ru'us al-ay yang diperselisihkan oleh ulama cadad, kemudian ia dianalisis dari sudut tatabahasa Arab dan 2 maksud ayat bagi mendapatkan hukum waqaf pada ru'us al-ay tersebut. Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa taburan waqaf qabih ini wujud pada setiap mazhab fawasil, dan ia dinilai sebagai waqaf qabil kerana tidak memberikan sebarang maksud (adam ifadah al’-mana) pada ayat tersebut ketika waqaf. Kepentingan kajian ini dapat dilihat menerusi sumbangannya dalam mengenal pasti waqaf qabil pada ru'us al-ay yang diperselisihkan dalam mazhab fawasil, yang mana ia mempunyai kesan dalam hukum bacaan dan tanda waqaf dalam percetakan mushaf bagi Qira`at al-`Asyr al-Mutawatirah.

Description

Keywords

waqaf qabih, ru'us al-ay, fawasil

Citation