Publication: Ketokohan Hamka Selaku Mufassir Nusantara
No Thumbnail Available
Date
2018
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Darul Quran, JAKIM
Abstract
Hamka merupakan sebahagian daripada mufassir Nusantara yang banyak menyumbang jasa dalam lapangan ilmu Islam. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis ketokohan Hamka sebagai mufassir dalam menyampaikan makna dan tuntutan al-Quran al- Karim. Seterusnya kajian ini bermatlamat untuk mendedahkan beberapa keistimewaan pentafsiran Hamka yang begitu berpengaruh di persada Nusantara. Kajian ini penting dalam usaha mengetengahkan sumbangan mufassir dalam dunia Melayu Islam seiring dengan pencapaian mufassirin yang masyhur dan aktif di Timur Tengah. Kaedah kajian ini tertumpu pada kaedah deduktif bagi mendapatkan fakta-fakta pentafsiran daripada sumber biografi dan Tafsir al-Azhar. Kaedah deskriptif pula diaplikasikan pengkaji bagi menghuraikan aspek-aspek ketokohan dan fakta-fakta sumbangan pentafsiran Hamka. Dapatan kajian telah menunjukkan ketokohan Hamka sebagai mufassir adalah bertitik tolak pada aspek kemampuan beliau menghasilkan karya tafsir berjudul Tafsir al-Azhar yang memuatkan tafsiran 30 juz al-Quran dan penglibatan aktif beliau menyampaikan kuliah tafsir kepada masyarakat.
Description
Keywords
al-Quran, Hamka, mufassir, pentafsiran, Tafsir al-Azhar