Publication: The Tasawur of Mahabbah According to Bediuzzaman Said Nursi Based on The Book of Kulliyyat Rasa'il Al-Nur
Loading...
Date
2023
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Abstract
Badiuzzaman Said Nursi merupakan salah seorang tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran. Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur merupakan bukti nyata usaha beliau yang dilakukan dan masih kekal menjadi rujukan sehingga kini. Terkandung di dalamnya pelbagai perbincangan ilmiah antaranya berkaitan mahabbah. Mahabbah merupakan salah satu daripada nilai-nilai Islam yang ditekankan al-Quran dalam proses pembangunan insan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu; (1) mengenal pasti hakikat mahabbah menurut Badiuzzaman Said Nursi; dan (2) membentuk tasawur mahabbah berteraskan hakikat mahabbah yang diperkenalkan oleh Badiuzzaman Said Nursi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif berdasarkan analisis teks dan dokumen. Hasil kajian menemukan bahawa Badiuzzaman Said Nursi memiliki sudut pandang yang tersendiri tentang mahabbah, dan tasawur mahabbah yang terbina mengambil kira sudut hubungan vertikal dan horizontal yang perlu diterapkan dalam diri setiap insan untuk membangun menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
Description
Vol 24 No 1
Keywords
Tasawur, Mahabbah, Bediuzzaman Said Nursi, Human Development, Kulliyyat Rasa’il al-Nur
Citation
Norullisza Khosim & Mohd Shukri Hanapi. (2023). Tasawur Mahabbah Menurut Badiuzzaman Said Nursi Berdasarkan Kitab Kulliyyat Rasa’il Al-Nur [The Tasawur Of Mahabbah According To Bediuzzaman Said Nursi Based On The Book Of Kulliyyat Rasa'il Al-Nur]. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari24(1):154-163.