Publication: Aplikasi Tabayyun dalam Penerimaan Hadis dan Kepentingannya dalam Mengekang Penyebaran Hadis Palsu di Malaysia
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Core Studies Center, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
Abstract
Hadis merupakan sumber kedua terpenting dalam Islam. Namun, latarnya yang berbeza dengan al-Quran selain suasana perkembangannya memperlihat kemasukan hadis palsu yang bercampur dengan hadis yang boleh diterima sebagai hujah, sehingga menyebabkan para ulama sejak zaman berzaman telah memberikan fokus dalam usaha memelihara ketulenan hadis daripada dicemari oleh anasir luar. Antara kaedah penting yang diberi perhatian adalah kaedah tabayyun dalam menerima sesuatu hadis yang bertujuan memelihara ketepatan makna hadis yang disampaikan sebelum disebarkan kepada pihak lain. Sebaliknya, pengabaian kepada konsep ini berupaya menjejaskan keabsahan sesuatu hadis disebabkan kegopohan dalam menerimanya tanpa sebarang proses tapisan. Justeru, kajian ini akan menerangkan konsep tabayyun dan aplikasinya dalam penerimaan hadis selain kepentingannya dalam mengekang penyebaran hadis palsu dalam masyarakat yang semakin menular mutakhir ini. Pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen kepustakaan digunapakai bagi memperolehi data-data kajian, dan kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan aplikasi konsep tabayyun ini dapat menjadi kaedah berkesan dalam menyekat penyebaran hadis palsu di Malaysia, melihat kepada beberapa kepentingannya antaranya dalam memastikan ketulenan sesuatu berita yang diterima, menghidupkan sunnah para ulama terdahulu, mendidik sikap berhati-hati, melatih ketelitian penyampai berita, dan mengelak salah faham dalam penerimaan hadis. Pengaplikasian konsep ini penting kerana dapat membantu dalam mengekang penyebaran maklumat palsu yang semakin mudah tersebar akibat lambakan medium penyampaian maklumat hasil perkembangan teknologi terkini.
Description
VOL. 10 NO. 1
Keywords
Aplikasi tabayyun, penerimaan hadis, penyebaran hadis palsu, di Malaysia
Citation
Alit, N. A., Shumsudin Yabi, & Mohd Yusuf Ismail. (2023). Aplikasi Tabayyun dalam Penerimaan Hadith dan Kepentingannya dalam Mengekang Penyebaran Hadith Palsu di Malaysia: Application of Tabayyun and Its Importance in Limiting the Spreading of Fabricated Hadis in Malaysia. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 10(1), 120-132. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/246